PEMAKLUMAN TIADA LAGI PENGELUARAN DAN PENGHANTARAN BIL CUKAI TAKSIRAN SECARA FIZIKAL
Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak mengeluarkan bil cukai taksiran secara bercetak dan serahan melalui pos sejak tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggunggjawab penegang harta untuk menyemak dan membayar cukai taksiran sama ada menerima bil atau sebaliknya sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Justeru, pemilk-pemilik harta boleh melakukan semakan dan bayaran bil cukai taksiran melalui aplikasi myMANJUNG yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.
Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.