PEMAKLUMAN PENUTUPAN OPERASI BAGI URUSAN SEMAKAN DAN BAYARAN DI KAUNTER MPM DAN ATAS TALIAN PADA 31 DISEMBER 2019, MULAI JAM 12.00 TENGAHARI

Dimaklumkan bahawa operasi bagi urusan semakan dan bayaran di Kaunter MPM dan atas talian akan ditutup pada 31 Disember 2019 (Selasa), mulai jam 12.00 tengah hari bagi tujuan pengemaskinian dan penutupan akaun untuk tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, urusan semakan dan bayaran akan beroperasi semula pada 2 Januari 2020 (Khamis), mulai jam 8.15 pagi.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, harap maklum.