PEMAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN DAN PEJABAT MPM
Dimaklumkan bahawa Kaunter Perkhidmatan Pelanggan dan pejabat Majlis Perbandaran Manjung akan ditutup pada 17 Jun 2024 (Isnin) bersempena Hari Raya Aidiladha. Majlis Perbandaran Manjung akan beroperasi semula pada 18 Jun 2024 (Selasa).
Walau bagaimanapun, para pelanggan masih boleh melaksanakan urusan semakan dan pembayaran secara dalam talian menerusi Aplikasi myMANJUNG yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.