PEMAKLUMAN PEMBUKAAN OPERASI PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG MULAI 4 MEI 2020

Dimaklumkan bahawa pejabat Majlis Perbandaran Manjung akan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (Isnin).  Sehubungan dengan itu, waktu berurusan di kaunter-kaunter berikut adalah mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dari hari Isnin hingga Khamis dan mulai jam 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari pada hari Jumaat. 

📌 Kaunter Jabatan dan Unit

📌 Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (Kaunter Utama)

📌 Kaunter Pandu Lalu

📌 Kaunter Cawangan Jabatan Penguatkuasaan, No. 1B, Fasa 1C3, Seri Manjung

📌 Kaunter Pejabat Cawangan Pulau Pangkor 

Walau bagaimanapun, para pelanggan adalah digalakkan untuk melaksanakan urusan secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan selaras dengan langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak Covid-19.   

Pembayaran atas talian boleh dilakukan menerusi Sistem E-Bayaran di Portal Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my, perbankan internet dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my

Kerjasama anda dalam perkara ini amat dihargai.  

#perangicovid-19

#MovementControlOrder

#stayathome 

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG