PEMAKLUMAN MENGENAI KETIADAAN PENGELUARAN LESEN PREMIS BERCETAK MULAI 1 MAC 2022

Mulai 1 Mac 2022, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak lagi mengeluarkan Lesen Premis Secara Bercetak dan Serahan melalui pos.

Sehubungan dengan itu, para peniaga boleh menyemak lesen premis dan memuat turun sijil digital dengan menggunakan aplikasi myMANJUNG Biz.

Langkah ini diambil bagi menjimatkan masa kerana tidak perlu berurusan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan MPM selaras dengan langkah pendigitalan perkhidmatan MPM dan langkah membendung penularan COVID-19.

PEMAKLUMAN MENGENAI KETIADAAN PENGELUARAN LESEN PREMIS BERCETAK MULAI 1 MAC 2022