
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐀𝐊𝐔 𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
3 APRIL 2022 (ISNIN) – Majlis Ikrar Aku Janji Pegawai Lantikan Baharu Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berlangsung dengan jayanya pada jam 2.30 petang di Dewan Anjung Perdana, MPM. Sesi Bacaan Ikrar diketuai oleh Encik Alif Fahmi Mahmood, Pegawai Tadbir, Unit Audit Dalam.
Dalam ucapan Yang Dipertua, beliau menegaskan bahawa semua warga kerja MPM merupakan tulang belakang MPM yang menjadi penyumbang utama kepada perkembangan MPM. Beliau turut berharap agar pelantikan ini akan dapat meningkatkan kualiti tadbir urus dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada warga perbandaran Manjung.
MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada 34 pegawai yang terdiri daripada anggota lantikan baharu, lantikan tetap dan kenaikan pangkat yang ditempatkan di pelbagai jabatan dan unit MPM. Diharapkan dengan pelantikan ini, semua pegawai akan terus fokus serta bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan penuh dedikasi agar lebih banyak kejayaaan dapat dikecapi oleh MPM.



