MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
- Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang seperti jadual di bawah yang masih sah dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman, kewangan yang kukuh dan stabil bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :-
NO. SEBUT | BUTIRAN TAWARAN / RUJUKAN SEBUT HARGA | KOD BIDANG | TARIKH DOKUMEN DIJUAL | TARIKH TUTUP DAN HANTAR DOKUMEN | HARGA DOKUMEN SENASKAH (RM) |
MPM JKP / SH / 10 / 2019 | Sebut Harga Untuk Membekalkan Dan Menghantar Pelbagai Alat Tulis Dan Melantik Panel Membekal Pelbagai Alat Tulis Untuk Keperluan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tempoh Dua Belas (12) Bulan | 020601 Alatulis (Tidak Termasuk Borang Dan Semua Jenis Kertas) | 11 Disember 2019 (Rabu) hingga 17 Disember 2019 (Selasa) | Tarikh 17 Disember 2019 (Selasa) Waktu12.00 Tengahari | RM 40.00 |
MPM JKP / SH / 13 / 2019 | Sebut Harga Untuk Membekalkan Dan Menghantar Toner Dan Katrij Serta Melantik Panel Pelbagai Toner Dan Katrij Untuk Kegunaan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tempoh Dua Belas (12) Bulan | 010301 Peralatan Percetakan Serta Aksesori Dan / Atau 020201 Mesin-Mesin Pejabat Dan Aksesori Dan / Atau 210101 Hardware (low end technology) | RM 40.00 |
2. Dokumen Sebut Harga boleh disemak dan dibeli dengan bayaran wang tunai di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan mulai jam 8.15 pagi 11 Disember 2019 sehingga 17 Disember 2019 mengikut waktu berikut :
HARI | WAKTU OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN,MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG | |
ISNIN – KHAMIS | 8.15 pagi –1.00 petang | 2.15 petang – 4.15 petang |
JUMAAT | 8.15 pagi – 12.00 tengahari | 2.45 petang – 4.15 petang |
Dokumen Sebut Harga tidak akan dijual atau dikeluarkan selepas tempoh di atas
- Sebelum pembelian Dokumen Sebut Harga dilakukan, Syarikat yang belum berdaftar dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung bagi mendapatkan No. ID Pembekal Majlis Perbandaran Manjung. Syarikat dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut Harga bagi mengelakkan kelewatan pembelian Dokumen Sebut Harga yang mana dikhuatiri akan menyebabkan kelewatan penghantaran Dokumen Sebut Harga.
- Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan, pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 17 Disember 2019. Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.
- Bayaran Dokumen tidak akan dikembalikan
- Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Manjung,
Jalan Pinang Raja,
32040 Seri Manjung,
PERAK DARUL RIDZUAN