KELEBIHAN BULAN MUHARAM
Kelebihan bulan Muharam dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah SWT adalah sebanyak 12 bulan sebagaimana yang terdapat di dalam kitabullahpada hari diciptakan langit dan bumi (Lauh al-Mahfuz) pada hari diciptakan langit-langit dan juga bumi. Diantaranya (bulan-bulan tersebut) adalah 4 bulan haram. Demikian itulah agama yang lurus maka janganlah kalian menzalimi diri kalian di dalam bulan-bulan tersebut. (Al-Taubah: 36)
Perincian berkaitan 4 bulan haram ini telah dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. 1 tahun terdiri daripada 12 bulan, daripadanya terdapat 4 bulan yang haram (suci) iaitu 3 daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam) dan yang ke-4 adalah Rejab terletak antara Jamadilakhir dan Syaban. (Riwayat al-Bukhari: 4054).
#MPMSENTIASASELANGKAHDIHADAPAN