JAWATAN KOSONG [TARIKH TUTUP: 14.12.2020]: LAMAN 2 DARI 2
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my
CATATAN AM
(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temu duga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian/temu duga:
- Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
- Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini
- Surat Perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
TARIKH : 30 DISEMBER 2020 / NO FAIL : MPM.(JKP)500-1/4/2 JLD.2