JAWATAN KOSONG [TARIKH TUTUP: 14.12.2020]

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung.

JAWATAN:PEMBANTU AWAM GRED H11 (UNIT LANDSKAP)
KUMPULAN PERKHIDMATAN:PELAKSANA
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN:KEMAHIRAN
JADUAL GAJI (MIN – MAKS):RM 1,218.00 – RM 2,939.00
KENAIKAN GAJI TAHUNAN:RM 80.00
TARAF JAWATAN:KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)
SYARAT LANTIKAN:Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a. warganegara Malaysia
b. berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menegah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM 1,218.00)

(Syarat Tambahan : Keutamaan kepda calon yang memiliki kemahiran khusus pertukangan, perkebunan, kreatif dan fleksibel dengan tugas-tugas khas)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:14 DISEMBER 2020

📄 pembantu_awam_h11.pdf

Pages: 1 2