𝗝𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞
Sempena Tahun melawat Perak 2024, ayuh semarakkan aktiviti pelancongan dengan berkunjung ke pelbagai tempat menarik di daerah Manjung, Perak ini. Berikut dikongsikan tips kepada anda sebagai persediaan untuk melancong.
Kepada pemain industri pelancongan dan para peniaga juga, ayuh kita martabatkan kawasan pelancongan dan peliharalah imej pelancongan dengan sebaiknya demi manfaat bersama.
Ingat…Jadilah pelancong yang bijak. Sentiasa bersedia dan buat pilihan dengan tepat. Sebagai contoh, pilihlah kedai makanan yang berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda. Pantau harga pada menu makanan dan pastikan untuk meminta resit bagi setiap transaksi. Salurkan aduan ke platform yang tepat dan bersesuaian sekiranya terdapat sebarang masalah.
