1. PELAWAAN PENYEWAAN MEJA PASAR / GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Adalah dimaklumkan Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Meja Pasar Awam dan Gerai kosong untuk disewakan. Kepada tuan/puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPM.

Tarikh buka pengambilan borang   -1.6.2023
Tarikh tutup penyerahan borang    – 15.6.2023 (sebelum 4.15 petang )         

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:-

1.2 Bayaran proses sebanyak       RM5.00

Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon meja pasar / gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja. Sila muat turun maklumat berkaitan penyewaan  DI SINI. Muat Turun Borang Permohonan Sewa (Gerai & Meja Pasar Majlis)Jadual Tarikh Pengiklanan Kekosongan Premis Sewaan Majlis Perbandaran Manjung