PELAWAAN PENYEWAAN MEJA PASAR / GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Gerai kosong untuk disewakan. Kepada tuan / puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung. Borang permohonan boleh didapati di Laman Web Majlis Perbandaran Manjung dan Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras Bawah, MPM pada waktu pejabat.

Tarikh buka pengambilan borang -1.2.2024

Tarikh tutup penyerahan borang – 15.2.2024 (sebelum 4.15 petang)

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:-
Bayaran proses: a) RM 5.00 di kaunter utama bayaran dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang)

Berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja. Permohonan daripada kakitangan kerajaan adalah TIDAK DIBENARKAN.
BORANG PERMOHONAN SEWAAN BANGUNAN / PREMIS

Nota:

Semua kandungan di atas adalah dalam fail “Portable Document Format” (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini: