𝙃𝙚𝙗𝙖𝙝𝙖𝙣 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙜𝙧𝙞𝙩𝙞
𝐄𝐋𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐀𝐇
Warga kerja MPM dilarang untuk menerima atau memberi apa-apa hadiah sekiranya berkaitan dengan tugas awam, bentuk, amaun dan nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah atau hadiah diberi/diterima dengan sesuatu tujuan.
Berdasarkan Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Manjung (Kelakuan dan Tatatertib) 2013, “Pegawai hendaklah mengelakkan daripada menggunakan jawatan untuk kepentingan peribadi seperti meminta dan menerima apa-apa hadiah, upah atau kemudahan yang boleh menjejaskan integriti. Pegawai majlis hendaklah merujuk tatacara penerimaan hadiah di bawah Polisi Pemberian dan Penerimaan Hadiah Majlis Perbandaran Manjung.”
Warga kerja MPM boleh rujuk Tatacara Penerimaan Hadiah seperti di visual yang disertakan.