COUNTDOWN PESTA TELUK BATIK 2024. SAVE THE DATE.
Untuk makluman, pada 21 hingga 26 Februari 2024 Majlis Perbandaran Manjung akan menganjurkan program Pesta Teluk Batik yang bertempat di Teluk Batik, Lumut dan Pulau Pangkor.
Penganjuran program ini lebih memberi fokus dan menekankan berkenaan penganjuran acara sempena Tahun Melawat Perak 2024. Pesta Teluk Batik bakal merancakkan lagi industri pelancongan yang berdasarkan kepada elemen kebudayaan dan warisan serta pelancongan sukan. Pesta Teluk Batik merupakan poket program kepada Pesta Laut Lumut Pangkor yang bakal diadakan pada penghujung tahun 2024.
Dalam masa yang sama, program Pesta Teluk Batik ini merupakan salah satu strategi dalam menarik minat penduduk setempat dan pelancong untuk hadir ke Daerah Manjung.
Elemen pelancongan sukan merangkumi pemilihan lokasi Pantai Teluk Batik sebagai lokasi penganjuran sukan pantai. Kawasan utama yang terlibat ialah Pantai Peranginan Teluk Batik dan Bandar Lumut antara aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
i. Gerai Pameran Dan Jualan
ii. Pameran Dan Jualan Kraft
iii. Pameran Kereta Antik
iv. Nature Run 2024 For (SDG)
v. Pertandingan dan Sukan Pantai :
– Bola Tampar Pantai
– Pertandingan Kayak Fising
– Pertandingan Karaoke “Tourism Idol”
– Pertandingan Tarik Tali
– Pertandingan Bola Jarring 3 On 3
– Pertandingan Merwarna
– 300 Enduro Bike Challenge
– Treasure Hunt “Eko Tourism”
i. 5 Acara Sukan Rakyat (Batu Seremban, Congkak, Timbang Bulu Ayam, Tipu Belon Dan Lari Bawa Bola Didalam Sudu)
Selain itu, terdapat juga persembahan tarian gendang dan persembahan malam kebudayanan di Pantai Peranginan Teluk Batik. Dalam masa yang sama, MPM juga akan melakukan pelancaran bagi Program Kemampanan Eko Pelancongan Teluk Batik-Sustainable Development Goals dan pelancaran Kempen Kearah Bebas Asap Rokok di Pantai Peranginan Teluk Batik dan Pantai Teluk Senangin. Tidak lupa juga di Pulau Pangkor, pada 26 februari 2024 akan diadakan Majlis Pra Pelancaran Galeri Pangkor bagi menguar-uarkan tentang perasmian pembukaan Galeri Pangkor.
Pentadbiran ini berharap agar Pesta Teluk Batik ini akan meningkatkan sektor pelancongan bersempena Tahun Melawat Perak 2024 dimana ia juga merupakan peluang terbaik dalam meningkatkan semula sektor seni dan industeri pelancongan yang terkesan teruk disebabkan pendamik pada tahun lalu. MPM turut berharap program ini akan mendapat sambutan dan sokongan daripada semua pihak agar Pesta Teluk Batik ini berlangusung dengan jayanya.