BANTUAN ONE OFF RM300.00 KUMPULAN 1 FASA 3, NEGERI PERAK
DI BAWAH PAKEJ RANSANGAN EKONOMI (PRE) BAGI KATEGORI LESEN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL,
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Para penjaja dan peniaga kecil boleh membuat kelayakan melalui laman sesawang MPM. Sekiranya layak, sila kemukakan dokumen yang dikehendaki seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)*
- Salinan buku/penyata akaun bank*
- Salinan lesen perniagaan MPM terkini*
*SILA SEDIAKAN 2 SALINAN dan diletakkan di dalam sampul (Rujuk Panduan)
Penerima bantuan yang layak dikehendaki untuk memahami dan memberi maklum balas tuntutan bermula 20 Ogos 2021 hingga 24 September 2021.
Hanya penerima bantuan yang tersenarai di dalam Senarai Nama Penerima Bantuan One Off Kumpulan 1 Fasa 3 sahaja yang layak membuat maklum balas tuntutan menggunakan kaedah yang telah ditetapkan.
penerima bantuan hanya layak menerima bantuan dan membuat maklumb balas tuntutan sebanyak satu kali sahaja walaupun mempunyai lebih dari satu (1) lesen perniagaan MPM.
Kegagalan membuat maklum balas tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak MPM tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.
Tiada tuntutan bantuan oleh waris pemilik lesen yang telah meninggal dunia.
Peniaga dan pelesen yang menerima Skim Bantuan Kecemasa Kelangsungan Hidup daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain adalah tidak layak menerima bantuan ini walaupun mempunyai lesen perniagaan MPM.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
JABATAN PELESENAN DAN PENGUATKUASAAN (JPP),
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
05-6898892/019-8584007
📄 3._syarat_kelayakan_kaedah_maklum_balas_tuntutan_dan_senarai_nama_layak.pdf