𝐊𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐈𝐃𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍, 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang melaksanakan kajian tahap kepuasan penduduk di daerah Manjung bagi meningkatkan kualiti terhadap kemudahan, infrastruktur dan prasarana yang disediakan di kawasan perbandaran manjung.
Kajian ini mengambil masa selama 3 minit sahaja dan keputusan kajian hanya akan digunakan untuk analisis dalaman. Tempoh kaji selidik ini adalah bermula 1 Ogos 2023 hingga 31 Disember 2023.
Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk menjawab kaji selidik ini amatlah kami hargai. Pautan kaji selidik adalah seperti berikut : https://forms.gle/fbBrmYtoyFRxNSj39. Sebarang pertanyaan berkaitan kaji selidik ini boleh dikemukakan menerusi talian 05-6898833.
Sekian, terima kasih.