𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗦𝗘𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗢𝗥.

YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah mengadakan lawatan ke tapak projek di Galeri Pangkor dan Kota Belanda, Pulau Pangkor pada hari ini, jam 10.00 pagi.

Lawatan ini disertai oleh Puan Mufidah Mahfodz, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Pengarah MOTAC Negeri Perak, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Encik Asrul Zakaria, Ketua-ketua jabatan MPM serta barisan pegawai MOTAC Negeri Perak.

Tujuan lawatan ialah untuk melihat kemajuan projek di Galeri Pangkor dan Kota Belanda ini. YBhg. Datuk amat berpuas hati dengan kemajuan yang telah dicapai pada kedua-dua tempat tersebut. Beliau turut meluangkan masa melawat ikon Pulau Pangkor iaitu Masjid Al-Badr atau lebih dikenali Masjid Seribu Selawat dan berkesempatan mendengar taklimat kemajuan bagi kedua-dua projek yang menjadi penanda aras lawatan pada hari ini. Lawatan tersebut berakhir pada jam 1 tengah hari.

Sehubungan dengan itu, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk dan pasukan atas lawatan pada hari ini. MPM juga mengucapkan selamat menikmati keindahan Pulau Pangkor dan semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang.