𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗣𝗔𝗗𝗨𝗞𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗥𝗜𝗗𝗭𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮
Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Tahun 2022, kerjasama semua pemilik/penyewa/premis perniagaan dan industri serta agensi kerajaan dan swasta di daerah Manjung adalah dimohon untuk mengibarkan Bendera Negeri Perak di setiap bangunan/premis sehingga 𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮 dan menyalakan lampu di bangunan/premis hingga jam 12.00 tengah malam.
Bendera yang dinaikkan hendaklah sentiasa dipelihara dan diberikan penghormatan sewajarnya serta tidak dibiarkan lusuh dan tidak terjaga sepanjang tempoh tersebut.
Bersama-sama kita memeriahkan sambutan dan menzahirkan penghargaan serta kesetiaan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
