𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗠𝗬𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗧𝗜𝗣𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) akan membuka Kaunter Promosi myMANJUNG dan Kutipan Bergerak sempena Program Fit Forever Peringkat Daerah Manjung 2022 pada ketetapan seperti berikut :
13 November 2022 (Ahad)
Perkarangan Marina Island Convention Hall, Marina Island, Teluk Muroh, Lumut.
Perkhidmatan disediakan :
Pendaftaran myMANJUNG
Bayaran dan Semakan Cukai Taksiran, Sewaan dan Kompaun
Pembaharuan dan Bayaran Lesen Perniagaan
Penjualan Kupon dan Pelekat Tempat Letak Kereta
Pertukaran Barangan Kitar Semula Dengan Barangan Keperluan Harian
Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-Waste)
Pembelian Minyak Masak Terpakai
Mari rebut peluang ini. MPM turut memberi 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗮𝘂𝗻 𝟱𝟬%
Kepada seluruh komuniti Manjung dan yang berdekatan, jemput datang beramai-ramai. Ayuh, semua. Jangan malu, jangan segan, kunjungi kaunter MPM. Jumpa anda di sana…di sana…di sana…
