𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 daripada Yang Dipertua, Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Perbandaran Manjung.
Tarikh 31 Julai adalah hari untuk memperingati jasa dan pengorbanan wira-wira negara. Hari untuk mengenang bakti yang mereka curahkan demi membina keamanan dan kemakmuran untuk kita kecapi.
Sesungguhnya, mereka adalah lambang keazaman dan simbol keberanian yang tidak mengenal erti undur dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Sumbangan mereka terlalu besar untuk dinilai dan akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah.
Bersempena Hari Pahlawan ini marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua wira-wira negara. Jadikanlah pengorbanan dan dedikasi mereka sebagai inspirasi kepada kita semua untuk terus mempertahankan kemerdekaan, keamanan dan kemakmuran negara tercinta ini.
Selamat Hari Pahlawan, dan semoga Malaysia terus sejahtera.