𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐀𝐍𝐉𝐈𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
Dimaklumkan bahawa semua anjing peliharaan yang telah mencapai umur 3 bulan dan ke atas hendaklah dilesenkan sebagaimana termaktub di bawah Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (MDM) 1993.
Oleh itu, urusan permohonan dan pembaharuan lesen anjing boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Aras Bawah, Majlis Perbandaran Manjung bermula jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
Bagi sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan permohonan dan pembaharuan lesen anjing, sila hubungi Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, Majlis Perbandaran Manjung di talian 05-6898916/8918.