𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
Sila jelaskan cukai taksiran anda sebelum atau pada 𝟐𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒. Elakkan pegangan anda daripada disita.
Pemilik-pemilik harta boleh melakukan semakan dan bayaran bil cukai taksiran melalui aplikasi myMANJUNG yang boleh dimuat turun di Google Play Store dan App Store.
Anda juga boleh hadir ke Kaunter Khidmat Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung dibuka setiap hari bekerja bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang (Isnin – Jumaat).
Sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), adalah menjadi tanggungjawab pemegang harta untuk menyemak dan membayar cukai taksiran.
Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, Majlis Perbandaran Manjung merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang diberi.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Penialaian dan Pengurusan Harta melalui Whatsapp di talian 011-10729765.