𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒
Cukai taksiran adalah penting bagi penduduk untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan komuniti dalam menyediakan perkhidmatan kepada penduduk secara lebih menyeluruh dan berkesan. Membayar cukai taksiran bukan sekadar kewajipan mengikut peruntukan undang-undang, tetapi juga adalah tanggungjawab bersama untuk kemakmuran dan kesejahteraan komuniti perbandaran.
Sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), adalah menjadi tanggungjawab pemegang harta untuk membayar cukai taksiran.
Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen yang anda telah berikan kepada kesejahteraan Perbandaran Manjung. Kome memang ohsem
Ayuh, bayar cukai taksiran 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐰𝐚𝐭-𝐥𝐞𝐰𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟑𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 bagi mengelakkan denda dan sitaan.
𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐤𝐢 𝟏𝟖 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫 𝐜𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐬𝐢𝐫𝐚𝐧. Jangan lupa untuk jelaskan cukai taksiran anda ye.
Boleh rujuk visual dibawah untuk cara pembayaran. Jangan kata teman tak khabor. Sekian, terima kasih