Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sedang melaksanakan kerja-kerja menaik taraf laluan antara tempat letak kereta berbumbung bangunan Blok B dan Dewan Merdeka MPM mulai 16 November lalu hingga 14 Januari 2023.

Kerja-kerja ini melibatkan pengorekan jalan, pembinaan longkang dan lain-lain yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, pihak pentadbiran MPM memohon kerjasama kakitangan serta orang awam dalam perkara ini bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sekian, harap maklum.

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF LALUAN ANTARA TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG BLOK B DAN DEWAN MERDEKA  MPM
PEMAKLUMAN PELAKSANAAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF LALUAN ANTARA TEMPAT LETAK KERETA BERBUMBUNG BLOK B DAN DEWAN MERDEKA  MPM