𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐎𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟑𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟑
Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melanjutkan tempoh pembayaran cukai taksiran bagi penggal pertama tahun 2023 sehingga 31 Mac 2023.
Warga komuniti Manjung digalakkan membuat pembayaran secara dalam talian melalui aplikasi myMANJUNG. Cepat dan mudah!
Sehubungan dengan itu, pemilik-pemilik harta dinasihatkan untuk membuat pembayaran sebelum tarikh tersebut bagi mengelakkan DENDA NOTIS E.
Justeru, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi talian whats app 011-10729765 atau 011-10929765 dari jam 9 pagi hingga 4 petang pada setiap hari bekerja dan pertanyaan adalah hanya secara mesej bertulis.
Rebutlah peluang ini! jadilah pembayar cukai yang bijak.
Bagi pemilik-pemilik harta yang telah menjelaskan bayaran cukai taksiran, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas komitmen yang diberi.