𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐊𝐒𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐓𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tidak lagi mengeluarkan dan mengedarkan bil cukai taksiran secara bercetak sejak tahun 2020. Hal ini selaras dengan 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐇𝐢𝐣𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐄𝐫𝐚 ‘𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥-𝐏𝐚𝐩𝐞𝐫𝐥𝐞𝐬𝐬’ 𝐌𝐏𝐌.

Justeru, pemilik-pemilik harta boleh mendapatkan bil cukai taksiran melalui Aplikasi myMANJUNG (https://mymanjung.mpm.gov.my/) yang boleh dimuat turun di 𝐆𝐨𝐨𝐠𝐥𝐞 𝐏𝐥𝐚𝐲 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐞 (𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐀𝐧𝐝𝐫𝐨𝐢𝐝 : https://play.google.com/store/apps/details…) dan 𝐀𝐩𝐩 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐞 (𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐈𝐎𝐒 : https://apps.apple.com/my/app/mymanjung/id1578650583)

atau 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐀𝐩𝐩 di talian 011-10729765/011-10929765 bagi mendapatkan bil cukai taksiran dalam bentuk PDF.

Bagi pelanggan yang 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐬𝐢𝐫𝐚𝐧, diberi pilihan untuk mendapatkan maklumat asas Cukai Taksiran secara percuma dengan 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐦𝐮𝐤𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐝 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐚𝐬𝐚𝐬 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐮𝐧𝐭𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧.

Bagi mereka yang memerlukan 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐥 𝐜𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐤𝐬𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐜𝐞𝐭𝐚𝐤, bayaran akan dikenakan bagi caj cetakan.

Apa tunggu lagi!

Jom muat turun aplikasi myMANJUNG!

Kini semakan dan bayaran cukai taksiran lebih mudah dan pantas.

Semua di hujung jari anda. 😊

PEMAKLUMAN BAYARAN CUKAI TAKSIRAN DI KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG