𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐄𝐘 𝐎𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐈𝐃 𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐎𝐒𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍, 𝐂𝐇𝐀𝐑𝐀𝐂𝐓𝐄𝐑𝐈𝐒𝐓𝐈𝐂𝐒 𝐀𝐍𝐃 𝐄𝐗𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐏𝐑𝐀𝐂𝐓𝐈𝐂𝐄 𝐎𝐅 𝐒𝐎𝐋𝐈𝐃 𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 𝐑𝐄𝐂𝐘𝐂𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sedang menjalankan Kajian Survey On Solid Waste Composition, Characteristics and Existing Practice of Solid Waste Recycling In Malaysia bermula 20 hingga 27 November 2023.
Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan data komposisi sisa pepejal, ciri-ciri fizikal, kimia dan biologi sisa pepejal, kadar janaan sisa, kadar kitar semula serta amalan sedia ada kitar semula sisa pepejal di Malaysia. Lokasi kajian yang dipilih ialah seperti berikut:
1. Taman Sitiawan Maju, Sitiawan
2. Taman Samudera Baru, Lumut
3. Taman Seri Wangsa, Seri Manjung
4. Kampung Changkat, Beruas
Turut dilampirkan adalah tag yang digantung di rumah-rumah yang telah bersetuju untuk terlibat dalam kajian ini. Tag ini digantung bertujuan sebagai tanda pengecaman kepada lori kutipan dan juga agar lori kontraktor kutipan sampah tidak mengambil sampah dari rumah yang tersebut sepanjang tempoh kajian ini.
Kajian ini menyokong hasrat Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke dua belas (RMKe-12) untuk melonjakkan pertumbuhan hijau.


