🔹 Tazkirah Jumaat🔹

𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, ayat 100 yang bermaksud : Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur.”

Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah SWT bahawa mereka akan memperoleh kemudahan – kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan mengalahkan musuh. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1326)

Hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa dalam Islam. Meneliti sejarah hijrah, terlalu ramai para Rasul melakukan hijrah seperti Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS dan lain-lain.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

𝐇𝐈𝐉𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐖𝐀 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍