𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐒 𝐀𝐖𝐀𝐌
Tandas awam yang bersih dapat memberikan keselesaan dan kemudahan kepada semua. Sebagai pengguna tandas awam, kita perlu bersama-sama menggunakannya dengan bertanggungjawab dan jangan hanya berharap kepada pekerja pembersihan sahaja.
Mari kita sama-sama membantu menjaga kebersihan tandas awam, anggaplah tandas awam seperti tandas di rumah anda sendiri. Pastikan ia bersih dan kemas, jimatkan penggunaan tenaga dan air serta jangan lakukan vandalisme. Tandas awam yang menepati ciri-ciri BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) pastinya mencerminkan peribadi diri kita, dapat menjaga kesihatan kita serta memberikan imej yang baik kepada daerah Manjung.
Bersih itu indah.