Majlis Perbandaran Manjung sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan MPM Siri 1 Tahun 2024.
MPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada orang awam, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak agensi Kerajaan.
Penilaian daripada persepsi pelanggan amat penting dalam membantu MPM mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang boleh ditingkatkan serta ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Kajian ini mengambil masa selama 1 minit sahaja dan keputusan kajian hanya akan digunakan untuk analisis dalaman. 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟭 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟰.
Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk menjawab kaji selidik ini amatlah kami hargai. Pautan kaji selidik adalah seperti berikut https://forms.gle/9KpVfrkBjL9Nf8jPA
Setinggi penghargaan dan terima kasih atas penilaian anda demi kesejahteraan bersama.