
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐄𝐒𝐏𝐋𝐀𝐍𝐀𝐃𝐄 𝐖𝐈𝐍𝐆, 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐌𝐔𝐃𝐄𝐑𝐀, 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
Dimaklumkan bahawa Taman Awam Esplanade Wing, Lumut dan Kawasan Lapang Taman Samudera, Seri Manjung akan ditutup 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟮𝟴 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf Taman Awam Esplanade Wing serta pembangunan landskap di Kawasan Lapang Taman Samudera.
Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mengindahkan Bandar Manjung, hasil kerjasama antara Majlis Perbandaran Manjung (MPM) melalui peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Penutupan ini adalah penting bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua pengunjung serta untuk menyediakan kemudahan yang lebih baik pada masa akan datang.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama anda.
Sekian, terima kasih.
