𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍-𝐏𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌

Kerja-kerja penyediaan senarai nilaian baharu dan kerja-kerja pindaan kepada senarai nilaian sedia ada bagi keseluruhan pegangan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung sedang dilaksanakan bersama penilai berdaftar yang dilantik mulai 15 Januari 2024 hingga 14 Januari 2025.

Penilai Berdaftar yang dilantik ialah Tetuan Suleiman & Co Property Consultants Sdn. Bhd., Tetuan Azami & Co Sdn. Bhd. dan Tetuan AJC Property Surveyors Sdn. Bhd. Penilai ini akan memasuki, memeriksa atau mengukur pegangan/harta di dalam kawasan MPM dan akan memakai tanda nama atau surat kebenaran atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh MPM. Tuan/puan dinasihatkan menyemak tanda nama/surat pengesahan/kad kuasa sebelum memberi kebenaran kepada pegawai-pegawai berkenaan.

Orang ramai diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak firma ini dengan memberi maklumat seperti yang dikehendaki semasa lawatan dilakukan.

𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍-𝐏𝐄𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐏𝐌