𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 (𝐌𝐏𝐌) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Majlis Perbandaran Manjung sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan MPM Siri 1 Tahun 2025.
MPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggannya yang terdiri daripada orang awam, pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak agensi Kerajaan.
Penilaian daripada persepsi pelanggan amat penting dalam membantu MPM mengenal pasti aspek perkhidmatan dan kemudahan yang boleh ditingkatkan serta ditambah baik dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat secara keseluruhannya.
Kajian ini mengambil masa selama 1 minit sahaja dan keputusan kajian hanya akan digunakan untuk analisis dalaman. 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗸𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝟳 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟱
Kerjasama YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk menjawab kaji selidik ini amatlah kami hargai. Pautan kaji selidik adalah seperti berikut https://forms.gle/i8sovxv5iwSCGrP99
Setinggi penghargaan dan terima kasih atas penilaian anda demi kesejahteraan bersama.
