TAHNIAH TEAM INOVASI UNIT LANDSKAP MPM KE VIETNAM
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovasi Batik Ekocetak atas jemputan eksklusif ke Pameran Sempena Sambutan Hari Malaysia dan Minggu Kesenian Warisan Kebudayaan Serta Makanan Malaysia di Hanoi, Vietnam. Ini merupakan pengiktirafan besar buat produk inovatif daerah Manjung yang kini menempa nama di persada dunia.
Batik Ekocetak adalah hasil kerjasama antara Majlis Perbandaran Manjung dengan Ghomah Batik serta Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA). Puan Faizah Dzulkefle, Penolong Arkitek Landskap MPM bersama Puan Elizawati Elias dari Ghomah Batik telah menyertai pameran ini yang berlangsung selama 7 hari bermula 11 hingga 16 September 2024.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kedutaan Malaysia di Vietnam, Perbadanan Menteri Besar Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh atas sokongan dan kepercayaan dalam memilih Batik Ekocetak sebagai produk kebanggaan Negeri Perak. Sokongan ini memberi peluang besar kepada Kumpulan Batik Ekocetak untuk memperkenalkan produk unggul dari Daerah Manjung ke mata dunia.