PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PENDIDIKAN “CITIZEN SCIENCE – DATANG TANPA ILMU, BALIK PENUH ILMU ” HUTAN PAYA BAKAU EKO PELANCONGAN BANDAR LUMUT

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN PENDIDIKAN “CITIZEN SCIENCE – DATANG TANPA ILMU, BALIK PENUH ILMU ” HUTAN PAYA BAKAU EKO PELANCONGAN BANDAR LUMUT

9 November 2024 (Sabtu) – Sekolah Rendah Kebangsaan Silibin, Ipoh mengambil langkah proaktif kearah memupuk generasi muda untuk menyayangi dan menghargai hutan paya bakau dan alam persekitaran semula jadi.

Seramai 35 orang murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 bersama 8 orang guru pengiring mengadakan program lawatan sambil belajar ke Taman Eko- Pelancongan Paya Bakau Bandar Lumut dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Majlis Perbandaran Manjung.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid mengenai ekosistem paya bakau selaras dengan salibus pembelajaran Biologi. Aktiviti ini juga dapat memberi pengukuhan kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan menjaga hutan Paya Bakau agar terus diutamakan.

Manakala matlamat “Citizen Science” dalam lawatan pendidikan ini ialah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid ‘cilik’ berkaitan hutan paya bakau dalam melahirkan rakyat yang mencintai sains dengan bantuan teknologi abad ke-21 ini semakin maju dan moden, dimana penyelidikan sains melibatkan orang awam menjadi semakin mudah kerana akses kepada penyelidikan itu yang lebih meluas dan mudah dicapai.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) melalui Puan Hawa Abd. Wahid, Pengurus Projek KUASA menegaskan bahawa Program Penghijauan Malaysia ini adalah program berterusan dari masa ke semasa demi memelihara dan memulihara alam sekitar khususnya di daerah Manjung seterusnya di negeri Perak dan negara amnya.

Pihak Majlis Perbandaran Manjung merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada SK Silibin dan juga Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) yang berusaha meningkat biodiversiti serta ekosistem flora dan fauna di kawasan eko-pelancongan Majlis Perbandaran Manjung.

Pada masa yang sama pihak MPM turut mengalu-alukan kerjasama bilateral bersama agensi- agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC), agensi korporat, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam program “Jom Tanam Pokok Bakau” yang dianjurkan oleh Pihak Majlis Perbandaran Manjung.

Bahagian Kemasyarakatan

Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial

Majlis Perbandaran Manjung