PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DEKORASI TAMAN EKO PELANCONGAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT BAKAL MENGAMIT PELANCONG.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DEKORASI TAMAN EKO PELANCONGAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT BAKAL MENGAMIT PELANCONG.

22 Februari 2025 (Sabtu) – Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) Shah Alam menjadi pembuka tirai program khidmat masyarakat dekorasi di Taman Eko Pelancongan Paya Bakau Bandar Lumut Majlis Perbandaran Manjung.

Program tersebut telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi PSSAAS iaitu Puan TS. Zainah Rujihan, Pengarah PSSAAS, Puan Nazrizam Ab Wahab, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam bersama barisan pensyarah dan 70 pelajar PSSAAS.

Manakala di pihak Majlis Perbandaran Manjung telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Razak Nazri, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Manjung Zon 4 (Lumut), Encik Murugan A/L Padawellani, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 10 (Sitiawan) dan Encik Azmir Zamzuri, Penolong Pegawai Pertanian Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung.

Aktiviti utama yang dilakukan ialah mendekorasi semula kawasan laluan bertiti pejalan kaki dengan mengecat semula ‘bollard’ yang terdapat di sepanjang laluan pejalan kaki disitu dengan warna ‘pastel’ lembut yang menenangkan.

Pengunjung boleh menyusuri segenap hutan bakau itu melalui laluan bertiti pejalan kaki yang ceria disamping disajikan dengan keindahan alam semulajadi dan suasana eksotik hutan paya bakau dengan flora dan fauna yang terhindar daripada pencemaran.

Program ini juga mewujudkan jalinan kerjasama erat dan mesra antara MPM dan PSSAAS dalam meningkatkan kolaboratif untuk merancakkan sektor pelancongan di daerah Manjung. Hingga kini PSSAAS telah menjalankan 3 aktiviti bersama pihak Majlis Perbandaran Manjung bermula tahun 2023.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan PSSAAS yang saban tahun mengunjungi dan melaksanakan aktiviti bersama Majlis Perbandaran Manjung.