PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT “BESTIES BEACH CLEAN UP” UniKL-RCMP DI PANTAI TELUK SENANGIN DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

9 Jun 2024 (Ahad) – 48 orang pelajar Diploma Farmasi bersama Encik Ahmad Shahir Mohd Sahran, Pensyarah Pengajian Umum Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL- RCMP) melaksanakan program khidmat masyarakat pembersihan pantai awam daripada sampah sarap.

Sebanyak 163.20 kg sampah sarap daripada pelbagai jenis yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula dapat dipungut dalam program berlangsung selama 2 jam di jajaran pesisir pantai Teluk Senangin sepanjang 4.5 km tersebut dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar Zon 3 Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Program tersebut merupakan program komuniti yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Farmasi Semester 2 UniKL-RCMP. Program komuniti yang bermatlamatkan tanggungjawab sosial ini bertujuan untuk memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab semua untuk menjaga kebersihan dan keindahan pantai sebagai salah satu tempat pelancongan domestik maupun antarabangsa dengan menarik pelancong dari luar komuniti sedia ada dengan adanya pantai yang lebih bersih dan menarik.

Sejajar dengan objektif utama program, aktiviti ini juga dilihat mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi pelajar dan meningkat semangat kerjasama berpasukan di samping membantu pembangunan mikro ekonomi kepada komuniti setempat.

Pendek kata, pantai yang menarik, bersih mampu menarik kehadiran pengunjung untuk datang lagi sekaligus peniagaan chalet dan peniaga kecil di sini terus bercambah dan berkembang maju.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada UniKL-RCMP yang membantu usaha terhadap kelestarian hijau di pantai daerah Manjung.