PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI PERBANDARAN 2024 (SEGMEN 2) – MASJID JAMEK KAMPUNG KEDAH, BERUAS

PROGRAM JEJAK WARISAN MASJID DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG BERSAMA KOMUNITI PERBANDARAN 2024 (SEGMEN 2) – MASJID JAMEK KAMPUNG KEDAH, BERUAS

19 Mac 2024 (Selasa) – Masjid Jamek Kampung Kedah di mukim Beruas menjadi lokasi segmen kedua program jejak warisan masjid dan majlis berbuka puasa Majlis Perbandaran Manjung bersama komuniti perbandaran tahun 2024.

Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran mengetuai rombongan MPM menyantuni komuniti Kampung Kedah dalam majlis berbuka puasa sebagai wadah mengeratkan jalinan ukhwah dan tanggungjawab sosial korporat Pihak Berkuasa Tempatan kepada komuniti perbandaran.

Program turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi MPM yang terdiri dari Pengarah-Pengarah Kanan Jabatan dan Unit serta anggota MPM daripada pelbagai jabatan dan jawatan yang tidak melepas peluang untuk bersama komuniti dalam pengisian di bulan Ramadan.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Beruas yang mewakili pihak Pegawai Daerah Manjung, Wakil Polis Diraja Malaysia, wakil Klinik Kesihatan Beruas dan wakil daripada syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn. Bhd yang turut menginfaq bekalan buah kurma sebagai juadah berbuka puasa kepada kariah masjid tersebut.

Penglibatan agensi kerajaan dan syarikat swasta bersama pihak PBT dalam aktiviti integrasi sosial setempat ini menepati matlamat dalam memberi faedah yang baik untuk kepentingan masyarakat yang bersyukur.

Di program yang sama, Setiausaha Perbandaran MPM turut berbesar hati melancarkan QR Code Flipbook Masjid Jamek Kampung Kedah yang boleh diakses oleh semua dan menyampaikan kotak makanan Projek ERAT yang disalurkan kepada warga miskin bandar, OKU, warga emas dan asnaf yang layak sebagai membentuk siasah dalam menghayati kasih sayang dan semangat kekeluargaan bersama komuniti di kawasan Majlis Perbandaran Manjung.

Bak kata, Tuan Setiausaha Perbandaran dalam ucapan ramah mesra “..walaupun kedudukan Kampung Kedah yang jauh daripada pekan dan hanya sebagai kawasan kawalan, namun tiada yang terpinggir kerana semua tempat merasai kemakmuran yang terdapat di daerah Manjung.

Hubungan kerjasama bersama komuniti yang sedia ada terjalin perlu diterjemahkan kepada pengkongsian yang lebih bermakna bagi menjurus kepada pemuafakatan yang boleh memberi nilai berkebajikan kepada komuniti perbandaran.

“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”