MAJLIS PELUNCURAN “BACK TO SCHOOL 2025 : MASIH ADA YANG SAYANG” JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) AHLI MAJLIS, MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

20 Disember 2024 (Jumaat) – Cuti persekolahan bagi sesi tahun 2024 baru sahaja bermula.

Majlis Perbandaran Manjung melalui mekanisma pelaksanaan gerak kerja aktiviti Jawatankuasa Penduduk (JKP) di bawah seliaan Pengerusi @ Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung Zon 6 (Seri Manjung) dan Zon 19 (Beruas) akan melaksanakan program sumbangan berupa pakaian dan peralatan persekolahan kepada anak-anak asnaf, anak-anak yatim, miskin dan tidak berkemampuan di bawah skop Perbandaran Penyayang JKP Majlis Perbandaran Manjung.

Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, diiringi Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran dan Encik Issamudin Ibrahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial berbesar hati merasmikan Majlis Peluncuran “Back To School 2025” anjuran JKP Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung turut disertai oleh Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Ahli Majlis MPM Zon 6 (Seri Manjung) dan Encik Abul Jais Ashfaq Ahmed, Ahli Majlis Zon 19 ( Beruas), Cik Nafisah Izzati, Pegawai Audit HQ Sakan Sdn. Bhd, Pengurus Sakan Manjung dan barisan ahli JKP masing-masing.

Seramai 340 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di zon Ahli Majlis tersebut terpilih untuk menerima sumbangan ini setelah mendapat kerjasama daripada pihak pengurusan sekolah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kawasan Rukun Tertangga (KRT) dan Persatuan Penduduk taman perumahan.

Inisiatif ini dianjurkan dengan kerjasama Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd dengan objektif bagi membantu komuniti terutama yang miskin dan tidak berkemampuan, mengurangkan beban keluarga anak-anak asnaf dan anak-anak yatim disamping memapar keprihatinan Ahli Majlis selaku ketua komuniti dan Majlis Perbandaran Manjung sebagai PBT yang cakna, juga sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat MPM kepada komuniti perbandaran.