
LAWATAN PELANCONGAN KE TAMAN PAYA BAKAU BANDAR LUMUT
22 MAC 2025 (SABTU) – Majlis Perbandaran Manjung yang diketuai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran menyambut kedatangan YB Encik Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor ke Taman Paya Bakau Bandar Lumut.
Turut hadir ialah YB Encik Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka; YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YB Goh See Hua, ADUN Pasir Pinji dan Ahli-ahli Majlis MPM. Tujuan lawatan bagi membincangkan cadangan penambahbaikan kawasan pelancongan di daerah Manjung.
Selain itu, deligasi turut mengadakan lawatan di sekitar laluan taman paya bakau dan menanam pokok bakau yang diketuai oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) di samping memberi kesedaran mengenai ekosistem di paya bakau dan kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) dan penanaman bakau juga tidak terkecuali.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Encik Loh Sze Yee dan deligasi yang telah memilih Pusat Ekopelancongan Taman Paya Bakau Bandar Lumut sebagai lokasi cadangan penambahbaikan kawasan pelancongan di daerah Manjung



