𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

4 APRIL 2025 (JUMAAT) – Berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda sejak malam tadi, beberapa kawasan di Daerah Manjung telah mengalami banjir. Sebagai tanda keprihatinan terhadap penduduk terjejas, Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM turun padang meninjau keadaan semasa di beberapa kawasan banjir kilat sekitar Sitiawan dan Kampung Koh.

Lawatan ini turut disertai oleh YB Jason Ng Thien Yeong, ADUN Astaka; Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran; barisan Pengarah dan pegawai MPM serta wakil syarikat konsesi Puncak Emas Infra Sdn Bhd.

Dalam usaha pemulihan ini, MPM terus komited menyalurkan kerjasama khususnya dalam aspek penyenggaraan sistem saliran perbandaran terutama di kawasan perumahan, pemantauan pokok berisiko serta bantuan sokongan lain seperti pembersihan kawasan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk sentiasa terpelihara.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, mengutamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

MPM akan terus memantau keadaan dan sedia berkongsi kepakaran serta bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat di daerah Manjung.

𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐊𝐄 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐈𝐋𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆