
𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐏𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟓
1 MEI 2025 (KHAMIS) – Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berkesempatan menghadiri Majlis Sambutan Lumut Bandar Tentera Laut 2025 yang berlangsung dengan penuh istiadat di Dataran Lumut bermula jam 8.00 malam.
Majlis gilang-gemilang ini menampilkan atur cara istiadat seperti upacara menurunkan panji-panji, diikuti persembahan pancaragam daripada SMJK Nan Hwa, SMK Methodist (ACS) Sitiawan, Pancaragam Pusat TLDM serta Kombo Gelombang Biru TLDM yang menyerlahkan keunggulan seni persembahan serta semangat patriotik dalam kalangan komuniti dan pasukan pertahanan negara.
Sambutan ini merupakan manifestasi penghargaan terhadap peranan dan jasa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam menjaga keselamatan perairan negara, selain memperkukuh identiti Lumut sebagai Bandar Tentera Laut dan destinasi pelancongan maritim utama.
MPM menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak TLDM Markas Pangkalan Lumut Official atas jemputan serta komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan Lumut sebagai bandar pelancongan dan maritim yang progresif, sejajar dengan visi MPM menuju ke arah bandar raya pelancongan dan maritim terunggul.

\

