𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐑𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟓

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐑𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟓

9 JANUARI 2024 (KHAMIS) – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Draf Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 Pengubahan 5 di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 10.00 pagi.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi ruang kepada orang awam dan pihak berkepentingan bagi menyuarakan pandangan, cadangan serta maklum balas terhadap pengubahan yang dicadangkan. Ini sejajar dengan keperluan Seksyen 13(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

RTD Manjung 2030 telah melalui empat pengubahan terdahulu, dan pengubahan kelima ini mencerminkan permintaan yang tinggi terhadap pembangunan di daerah Manjung. Ini sekaligus membuka peluang kepada pertumbuhan ekonomi baharu yang akan membawa kita selangkah lebih dekat kepada merealisasikan hasrat Menuju Bandar Raya Pelancongan dan Maritim menjelang 2030.

Hadir semasa sesi ini ialah Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung; Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM; Encik Hassan Nordin, Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan (Perancangan dan Pelaksanaan) Kementerian Pertahanan Malaysia; Puan Nur Wahidah Hanum Dato’ Abdul Rahim, Ketua Penolong Setiausaha Unit Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia; Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM; Kdr Shamsudin Mat Isa, Pengarah Rancang, Markas TLDM; Ahli-ahli Majlis, Pengarah MPM, barisan Pengerusi Persatuan Penduduk serta agensi kerajaan dan swasta.