
𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐑𝐀𝐓𝐀 (𝐋𝐈𝐅) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐖𝐀𝐒𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
15 APRIL 2025 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah melaksanakan lawatan tapak bagi Projek Program Penyelenggaraan Perumahan Mampu Milik Bersrata (Lif) bagi Perumahan Swasta Tahun 2025 di Apartment Bukit Permata, Lumut.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran bersama-sama Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan (JKJ), Wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta barisan Penolong Jurutera JKJ.
Tujuan utama lawatan ini adalah bagi pelaksanaan kerja-kerja penukaran lif di Apartment Bukit Permata yang melibatkan peruntukan khas daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN). MPM komited untuk terus memastikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk perumahan mampu milik terus dipertingkat melalui program penyelenggaraan yang berterusan dan menyeluruh.



