𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐏𝐌
10 SEPTEMBER 2024 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Turun Padang yang diketuai oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM. Turun padang ini melibatkan lawat periksa terhadap projek-projek dan kemudahan awam di bawah kawal selia MPM di Pantai Remis, Beruas, Ayer Tawar dan Changkat Kruing.
Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini bertujuan untuk meninjau kawasan di bawah pentadbiran MPM dalam memastikan keberkesanan kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk setempat. Tuan Yang Dipertua juga berkesempatan meluangkan masa melawat pejabat-pejabat cawangan MPM di Pantai Remis, Beruas, Ayer Tawar dan Sitiawan serta mengadakan sesi perjumpaan pertama beliau bersama kakitangan yang bertugas di sana.
Hadir bersama Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, barisan Pengarah Kanan, Pengarah dan pegawai-pegawai MPM.
Lawatan turun padang di Pantai Kota Kulit Kerang Kerang di Pengkalan Baharu dan Hutan Lipur Ulu Licin di Beruas turut dihadiri oleh YB Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu.
Program seperti ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MPM untuk terus memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan komuniti Perbandaran Manjung. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan sesi lawatan turun padang hari ini.