𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐔𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐍𝐈𝐏𝐀𝐇

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐓𝐄𝐃𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐔𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐍𝐈𝐏𝐀𝐇

5 JANUARI 2025 (AHAD) – Program Gotong-Royong Penanaman Pokok Teduhan dan Hiasan telah diadakan di Air Terjun Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada jam 8.00 pagi. Program ini bertujuan memperindahkan kawasan air terjun untuk menjadikannya lebih mesra pengunjung dan menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar di Pulau Pangkor.

Pihak Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah menyumbangkan dana sebanyak RM50,000 untuk menambah baik kawasan tersebut, manakala Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menyumbangkan anak pokok teduhan dan tanaman hiasan bagi memperindah lagi landskap semula jadi di lokasi ini sebagai satu tarikan unik yang berada di tengah-tengah pulau.

Program ini dihadiri oleh Ahli Koperasi Pangkor Berhad, Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort, Ahli Majlis Zon 2, warga kerja MPM, komuniti setempat dan sukarelawan.

Dengan penanaman pokok teduhan dan tanaman hiasan, kawasan Air Terjun Teluk Nipah kini bukan sahaja lebih segar dan hijau, malah menawarkan tarikan unik untuk pengunjung, sekaligus menyokong ekosistem semula jadi di Pulau Pangkor.