𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐄 𝐒𝐎𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐑𝐄𝐒𝐏𝐎𝐍𝐒𝐈𝐁𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 (𝐂𝐒𝐑) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐊𝐀𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐔𝐀𝐒
𝟐𝟎 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭) – Program CSR bersama warga Kampung Pulau Kabong, Beruas telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Pihak MPM telah menerima aduan mengenai pokok tumbang di atas bumbung rumah penduduk di kawasan tersebut.
Dengan kerjasama Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), kerja-kerja pemangkasan pokok yang tumbang telah dilakukan dengan segera bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjaga.
Usaha sama ini juga dihadiri oleh YB Tuan Azman Noh, ADUN Kawasan Pengkalan Baharu, Clr Ahmad Firdaus bin Mokhtar, Ahli Majlis MPM, kakitangan Unit Landskap, serta penduduk kampung yang penuh semangat dan kerjasama. Kehadiran mereka mencerminkan ikatan masyarakat yang erat dan tekad bersama untuk menjadikan kampung ini lebih harmoni dan sejahtera.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.