𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐐𝐕𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐓

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐐𝐕𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐓

27 DISEMBER 2024 (JUMAAT) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) terus mengutamakan keselamatan kakitangan yang terlibat dalam penyelenggaraan pokok teduhan. Sebentar tadi, sebanyak 14 unit seluar keselamatan CHAP telah diserahkan kepada Bahagian Penyelenggaraan Pokok Teduhan, Unit Landskap MPM sebagai sebahagian daripada usaha memastikan keselamatan pekerja terpelihara dan mematuhi standard keselamatan arboriculture. Penyerahan dilakukan oleh Encik Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM sejurus selepas Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bil 4/2024.

𝗔𝗽𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗖𝗛𝗔𝗣?

Seluar CHAP ialah alat perlindungan khas yang direka untuk digunakan semasa kerja-kerja menggunakan chainsaw. Ia diperbuat daripada lapisan fabrik tahan potong dan direka untuk:

✅ Melindungi kaki dan meminimumkan kecederaan akibat sentuhan terus dengan chainsaw aktif;

✅ Menghentikan atau melambatkan putaran chainsaw melalui lapisan serat khas yang “menyumbat” mekanisme chainsaw jika berlaku sentuhan;

✅ Memenuhi standard keselamatan arboriculture antarabangsa, termasuk spesifikasi perlindungan bagi kerja-kerja pemangkasan pokok.

𝗦𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗖𝗛𝗔𝗣 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝘁𝘂𝗵𝗶 𝗽𝗶𝗮𝘄𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶:

• ANSI Z133 (Standard Arborist Safety)

• EN 381-5 (European Chainsaw Protection)

Selain itu, turut diserahkan 4 unit jaket kulit kepada kakitangan Unit Landskap MPM yang terlibat dalam kerja-kerja kimpalan.

Penyerahan pakaian keselamatan ini mencerminkan langkah proaktif MPM dalam memastikan kebajikan kakitangan sentiasa dijaga, disamping memberikan mereka keyakinan untuk menjalankan tugas dengan lebih selamat dalam menjaga kehijauan dan landskap di daerah Manjung.

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐐𝐕𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐓
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐐𝐕𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐓
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟏𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐔𝐒𝐐𝐕𝐀𝐑𝐍𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝟒 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐉𝐀𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐓