𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
🌧️

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 🌧️

20 DISEMBER 2024 (JUMAAT) – Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menyerahkan barangan keperluan untuk mangsa banjir kepada Puan Jamaliah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Misi Bantuan Banjir Pantai Timur pada jam 9.00 pagi.

Dewan Merdeka MPM ini telah dijadikan sebagai pusat pengumpulan bantuan yang beroperasi dari 10 hingga 14 Disember 2024 telah berjaya mengumpul pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, barangan elektrik dan keperluan bayi. Semua ini adalah hasil sumbangan orang ramai untuk meringankan beban mangsa banjir.

Bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir di Pantai Timur.

Hadir sama semasa sesi penyerahan ialah Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Pengarah MPM, Ahli-ahli Majlis serta Ahli Jawatankuasa Bertindak Misi Bantuan Banjir Pantai Timur.

🙏 Semoga bantuan yang dihantar ke Pantai Timur ini tiba dengan selamat dan dapat meringankan beban mangsa banjir. MPM ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang!

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑